Tuesday, February 14, 2012

Beautiful Conflict ♪ It Is Not A Lie

Berdasarkan tajuk besar ceritera pada aku kali ini, konflik dalaman ini terlalu sukar untuk dikupaskan kerana berlainan orang berlainan konflik nya. Terdetik aku untuk bercerita tentang konflik yang aku alami sekarang ini. Take note, there's nothing to do with love and stuff. Aku bukan nya mamat jiwang yang asyik-asyik story pasal cinta k.

Konflik dalaman secara rasional nya boleh didefinasikan sebagai kecelaruan yang berlaku dalam diri seseorang. For truth, this happen to every person, do you? Susah untuk ditafsirkan tentang konflik ini. Tetapi dalam konteks aku, konflik dalaman yang aku alami sekarang ini, lebih menjuruskan kepada satu aspek yakni masa depan.

Masa depan dan konflik? Apa kaitannya?. Terlalu banyak kaitannya kalau hendak diceritakan secara terperinci, alamatnya berepisod-episod lah post aku kan. Tetapi secara ringkasnya. This two term got a thing in common. Relation between masa depan dan konflik ialah, secara analoginya, aku sebagai seorang student pra-universiti or asasi telah penat memikirkan perihal memilih kursus untuk ijazah aku nanti. Sehingga sekarang aku masih berkonflik untuk memilih kursus yang sesuai bagi aku.

Hal ini terjadi dalam diri aku kerana, harapan, cita-cita dan minat yang bermain dalam minda dan hati aku. Apa taknya. Parent aku inginkan aku untuk menjadi seorang  doktor . Ini harapan parent aku yang patut aku kabulkan. Yelah kan, setelah apa yang terjadi dalam keluarga aku recently, hanya aku je yang tinggal untuk meneruskan dan kembali mencerahkan kehidupan keluarga aku. Aku ada seorang adik lelaki yang berumur 4 tahun yang mana aku sayang sangat-sangat kat dia. Dan aku tahu, aku wajib memberi dia satu kehidupan yang cerah untuk masa depan dia.

When we talking about ambition, one thing that playing in my head is chemical engineering. Aku d'exposekan ngan kejuruteraan semenjak aku dibangku sekolah lagi. Yelah kan, cikgu-cikgu aku ramai kot yang suggest kat aq untuk course ni. Korang nak tau tak, pe yang mereka cakap kat aku sal course ni. "Zekry, ko kalau dapat keje ngan petronas, pergh,, leh kaya ah kau.. entah-entah ko pakai ferrari dulu daripada cikgu kot". Tu lah reason dyeorang tuk approach aku join course ni for degree aq. Null betol kah kan. Tapi, anyway aku memang bercita-cita untuk jadi seorang jurutera kimia. Tetapi, aku perlu tahu bahawa tak semua yang aku cita-citakan tu, akan aku dapat, hal ini demikian kerana, Allah yang tentukan masa depan aku. Aku hanya mampu berusaha dan menjadikan cita-cita aku itu sebagai bahan perangsang untuk aku terus berjaya untuk masa akan datang. 

What are you interested in? Setelah bermonolog dalaman untuk beberapa hari ni, Baru aku tahu yang minat aku adalah kepada benda yang berasaskan IT. Aku ada kenalan yang bernama Timur Khudaiberdiev, dia berasal dari Kyrgyzstan dan belajar di UNIMAS. Dye bagitahu aku camni " If you know programming, you can control the world". Selain itu, lecturer favourite aku, Mr Alif gak bagitau kat aku, bahawa , setelah dye diperkenalkan kepada sains komputer. Dye terus tak nak masuk engineering dah even pointer dye masa dekat PASUM dulu excellent. 4.0. Camtu ek the power of interest playing its role in the life. 

Berdasarkan penerangan aku kat atas, korang tahu kan it's hard to decide something that can affect our future. Tapi tulah aku, pening gyle kot nak decide future. Antara harapan, cita-cita dan minat, manakah yang penting?.. 

-.-


3 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Antara dunia dan Akhirat.
    Realiti nampak kejam bukan?. Tetapi itulah dunia, sekejam mana ia, kita tetap cintakan ia bukan. Cara paling mudah untuk mengubati hati ini, adalah dengan kita mengharapkan segala apa yang kita kehendaki di dunia ini digantikan oleh Allah swt di Akhirat.
    Dengan kita tanamkan sikap tidak terlalu berharap pada dunia, kita semakin mendambakan Akhirat. Apa yang kita luahkan pada Allah dalam solat kita, dalam doa kita, walhal dalam hati kita sekalipun Allah dengar. Ini juga strategi untuk mendekatkan kita dengan Allah. Justeru, jangan berkecil hati dengan dunia, kerana kita akan berbahagia dan gembira di Akhirat kelak. Apa yang ada di dunia ini sementara, tetapi apa yang ada di Akhirat itu kekal selamanya.

    ReplyDelete
  2. Yerp! Realiti kekadang mengajar kita hidup yang sebenar.. Segala keperihan yg dialami mematang kita... Ketabahan yang tinggi mampu membimbing sesorang ke arah kehidupan yang lebih maju dan jaya... Selain itu, taat kepada Allah dan Rasul merupakan satu usaha untuk menghadapi segala kecelaruan di dalam dunia ini... =)

    ReplyDelete
  3. English awak perlu banyak lagi peningkatan.

    ReplyDelete