Tuesday, December 6, 2011

Tarbiyyah Di Waktu Cuti ♪ Educate Holidays

Cuti semester pertama aku telah manfaatkan dengan pelbagai aktiviti yang aku rasa wajar aku lakukan daripada jadi kutu rayau , jalan-jalan tanpa arah tujuan.Surely tak adventure lau jadi kutu rayau kan?. Tapi, tulah yang banyak orang kampung aku buat. Aku tak tau apa manfaat diorang dapat dengan membuat aktiviti yang sedemikian. 

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

(103:1-3)


***************************************

Seperti biasa, didalam kehidupan kalau tak ada masalah memang tak sah kan. Tetapi, apa yang membezakan seseorang tu adalah cara mereka menyelesaikan masalah. Sama ada melalui cara yang betul atau pun sebaliknya. Alhamdulillah, aku dapat menyelesaikan masalah family aku dengan cara yang benar. Aku harap ahli keluarga ambil iktibar daripada apa yang aku buat. Allah sentiasa akan menolong hamba-Nya yang ingat dan akur kepada perintah-Nya. Waalahuallam.



***************************************

Alhamdulillah, adik kepada member baik aku berjaya peroleh 5A in UPSR. Such as brilliant boy. Berkat usaha dia serta ibadahnya. Dia memperoleh kejayaan. Aku harap in the future nanti, dia akan terus berjaya dan terus berjaya dan aku harap sangat-sangat niat dia study kerana Allah s.w.t barulah berkat ilmu yang dipelajari dan sama-sama kita kembalikan Ustaziyatul Alam. 

"Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu   penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang."

(5:56)



***************************************

Sempena cuti semester ni, aku dapat sambut hari asyurah. Best ah jugak dapat makan bubur lambuk free kat surau. Serius sedap bubur lambuk yang pakcik-pakcik jawatankuasa surau kat tempat aku masak. It taste yummy. But, remember, rohani anda tak kan mendapat kelazatannya jika hari asyurah anda tidak disertakan dengan zikir dan ibadah. 


***************************************

P/S : Unimas I'll return soon......