Friday, November 18, 2011

Mula Balik ♪ Restart

Sebelum aku memulakan bicara mengenai tajuk diatas, lebih baik aku ceritakan kat korang pe yang aku buat? kat mana aku sekarang? dan banyak lagi tentang aku. Lau korang nak tahu, korang kenalah go through entire post ni

Sudah berkurun lama (aku tak tau berapa lama), aku tinggalkan dunia blogging semata-mata nak tumpu kat ibu segala peperiksaan, nah amik kau, SPM. Aku merupakan candidates SPM tahun 2010. Isnin lepas genap setahun aku amik SPM (ye kerw?!!). Junior-junior aku tengah berhempas pulas menelaah buku-buku tuk jawab SPM. Aku ngok post-post diaorang kat FB!. Semua cam emo gila. Maklumlah mereka mengamalkan prinsip, "bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian". (Opps, sorry lau kamu-kamu terasa, ye, nak tegur je punn). Berbalik pada cerita aku, agak lama jugak aku tinggal dunia blogging ni. Sehingga la aku tersentap hati nak berblogging balik. Ape tujuan aku blogging balik ni? (Nak tahu baca la lagi ye)

***************************************

Sebelum aku menjawab persoalan tadi, aku rasa lagi better aku bagitahu kat mana aku sekarang. Setelah aku berhempas pulas tuk SPM 2010, aku berjaya meraih keputusan yang boleh la dibanggakan. Thanks diucapkan kepada guru-guru SMK Dato' Ahamad Arshad yang banyak membantu mengubah diri saya yang agak pemalas masa zaman gelap saya dulu. Alhamdullillah. So, nak dipendekkan cerita, aku kini berada di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beradanya aku disini adalah kerana, satu tujuan, satu misi dan satu visi, yakni, untuk mengubah keadaan family aku. Waalahuallam. 

Pelbagai cabaran yang terpaksa aku tumpuhi, bila berada di bumi kenyalang ni. Kena survive seorang diri, kene pandai berjimat, jaga tutur kata dan pergaulan. Dari segi pembelajaran memang ada satu cabaran yang telah mengubah personaliti diri aku sedikit. Aku memang seorang yang suka berkongsi ilmu sekiranya aku faham perfectly about that particular topics. Tapi, ada students yang kurang senang dengan aku. So, nak tak nak terpaksalah aku ubah diri aku sedikit. Alhamdullilah, sekarang semuanya all right!. (Peace yo!)

P/S : Curi kat GOOGLE je pic ni

****************************************

Okay! jari jemari aku dah lenguh menari-nari di atas papan kekunci ni. Aku rasa aku nak bagitau kat korang kenapa aku berblogging semula. Aku ada menjalankan survey kat satu group FB yang aku join ni. Tapi sambutan survey aku tu agaklah dingin. Aku menanyakan, apakah tujuan anda berblogging?. Satu comment yang menyentap pintu hatiku tuk berblogging semula. Commentnya seperti ini : "sebar dakwah" . Jazakallah.


Melalui blog kita boleh berdakwah dan membetulkan personaliti seorang yang bergelar islam itu. Tak semua yang beragama Islam dapat memahami dan menghayati makna Islam itu sebenarnya. Aku pun baru nak memahami Islam itu dengan lebih detail. Setakat ni, aku pelajar pendidikan agama islam semata-mata untuk menjawab exam bukan untuk diprakttikkan. Alhamdullilah. Sekarang aku dapat sedikit demi sedikit mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian aku. Blog ini bukan bertujuan untuk berdakwah sahaja, aku akan kongsi dengan korang semua tentang aku, dunia semasa, masalah-masalah sosial yang kian menular dalam kalangan masyarakat akhir zaman ini dan banyak lagi. Semoga ALLAH memberkati hidup kita sebagai seorang muslimin dan muslimat di dunia ini.  

P/S : Esok MUET, Esok Balik!!! Tak Sabar.....

No comments:

Post a Comment