Wednesday, February 22, 2012

Final Resolution ♪ The continuation of the previous post..

Assalamualaikum. Banyaknya post aku untuk this month kan. Nak buat camna, ini jelah cara aku untuk meluahkan apa yang ada dalam fikiran serta hati ku ini. Tak ada alternatif lain dah. Readers, layan je lah kan post aku yang bosan ini ya.

Rentetan daripada post yang aku composed sebelum ini ( Friendship ♪ It Is Not A Game.. ) telah membawa aku untuk compose another post yang menjadi kesinambungan daripada post aku yang sebelum ini. ( Dah cam drama lak ). 

Episod kedua ni agak 'sengal' sikit bagi korang yang membaca post ni. Seluruh pelajar asasi UNIMAS dikehendaki pergi ke CTF 2 di mana tempat berlangsungnya pertandingan Parliamentary Debate peringkat asasi. Disebabkan kedatangan wajib, aku terpaksalah menghadirkan diri ke pertandingan tersebut. Disana terserlah bakat-bakat ahli politik dalam warga asasi ini. Ada yang menyampaikan hujah-hujah dengan cara yang radikal cam ala-ala wakil rakyat gitu. Menakjubkanlah!.. 

But, that is not the main topic for this post, post aku pada kali ini akan membawa korang semua kepada solusi permasalahan aku yang sebelum ini. Setelah aku akui kesalahan aku dengan melihat pergolakan serta krisis perhubungan si dia dengan rakannya dan melihat si dia sedih semasa pertandingan debate. Hati aku mula tak tentu arah dan rasa bersalah. Semasa aku berbincang dengan rakan si dia di dalam CTF 2 mengenai hal ini, aku terlihat akan si dia yang memandang ke arah aku dengan pandangan yang agak menakutkan, " I see hatred in her eyes". Pandangan tersebut telah memandu diriku keluar daripada CTF 2 dan pulang ke kolej dan meluahkan isi hati ku di dalam post ku yang sebelum ini.

Sebelum aku decide untuk menghantar apologizing message kepada si dia yang mana aku rasa during that time I won't received any reply, aku menghantar satu mesej melalui facebook kepada rakan-rakannya dahulu, dimana aku meminta mereka agar kembali berkawan semula dengan si dia dan terima si dia seadanya. Akhirnya, aku nampak perhubungan si dia dengan rakannya kembali harmoni semula. Alhamdulillah. =).

Teringat aku kepada sebuah hadis Rasulullah S.A.W. : 
"Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari”
Riwayat Al-Bukhari, 5/2253

Hadis inilah yang memandu jari jemari aku untuk menaip sebuah mesej yang disusuli dengan perasaan kesal yang teramat sangat kepada si dia, dimana didalam mesej tersebut aku mengatakan bahawa aku amat kesali dengan apa yang aku telah lakukan kepadanya dan aku mengharapkan satu kemaafaan yang ikhlas daripada si dia. Saat demi saat dan minit demi minit aku menanti reply daripadanya pada malam itu, tapi tiada.

Pada keesokan harinya, tiba-tiba, aku dikejutkan dengan setu incoming mesej, di mana di dalam mesej tersebut tertulis yang dia maafkan aku. Alhamdullilah =). Begitulah kesinambungan post aku yang sebelum ini. 

Kesimpulannya, kita tidak perlu mempunyai sifat benci-membenci antara sesama manusia sebaliknya kita perlu mengutuhkan silaturrohim kita sesama manusia itu. Dalam Chemistry , saya ada belajar something yakni, the most stronger intermolecular bond is hydrogen bond, have this kind of bond in your friendship. Make it stronger, love your friends. =).  


No comments:

Post a Comment