Wednesday, February 22, 2012

Final Resolution ♪ The continuation of the previous post..

Assalamualaikum. Banyaknya post aku untuk this month kan. Nak buat camna, ini jelah cara aku untuk meluahkan apa yang ada dalam fikiran serta hati ku ini. Tak ada alternatif lain dah. Readers, layan je lah kan post aku yang bosan ini ya.

Rentetan daripada post yang aku composed sebelum ini ( Friendship ♪ It Is Not A Game.. ) telah membawa aku untuk compose another post yang menjadi kesinambungan daripada post aku yang sebelum ini. ( Dah cam drama lak ). 

Episod kedua ni agak 'sengal' sikit bagi korang yang membaca post ni. Seluruh pelajar asasi UNIMAS dikehendaki pergi ke CTF 2 di mana tempat berlangsungnya pertandingan Parliamentary Debate peringkat asasi. Disebabkan kedatangan wajib, aku terpaksalah menghadirkan diri ke pertandingan tersebut. Disana terserlah bakat-bakat ahli politik dalam warga asasi ini. Ada yang menyampaikan hujah-hujah dengan cara yang radikal cam ala-ala wakil rakyat gitu. Menakjubkanlah!.. 

But, that is not the main topic for this post, post aku pada kali ini akan membawa korang semua kepada solusi permasalahan aku yang sebelum ini. Setelah aku akui kesalahan aku dengan melihat pergolakan serta krisis perhubungan si dia dengan rakannya dan melihat si dia sedih semasa pertandingan debate. Hati aku mula tak tentu arah dan rasa bersalah. Semasa aku berbincang dengan rakan si dia di dalam CTF 2 mengenai hal ini, aku terlihat akan si dia yang memandang ke arah aku dengan pandangan yang agak menakutkan, " I see hatred in her eyes". Pandangan tersebut telah memandu diriku keluar daripada CTF 2 dan pulang ke kolej dan meluahkan isi hati ku di dalam post ku yang sebelum ini.

Sebelum aku decide untuk menghantar apologizing message kepada si dia yang mana aku rasa during that time I won't received any reply, aku menghantar satu mesej melalui facebook kepada rakan-rakannya dahulu, dimana aku meminta mereka agar kembali berkawan semula dengan si dia dan terima si dia seadanya. Akhirnya, aku nampak perhubungan si dia dengan rakannya kembali harmoni semula. Alhamdulillah. =).

Teringat aku kepada sebuah hadis Rasulullah S.A.W. : 
"Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari”
Riwayat Al-Bukhari, 5/2253

Hadis inilah yang memandu jari jemari aku untuk menaip sebuah mesej yang disusuli dengan perasaan kesal yang teramat sangat kepada si dia, dimana didalam mesej tersebut aku mengatakan bahawa aku amat kesali dengan apa yang aku telah lakukan kepadanya dan aku mengharapkan satu kemaafaan yang ikhlas daripada si dia. Saat demi saat dan minit demi minit aku menanti reply daripadanya pada malam itu, tapi tiada.

Pada keesokan harinya, tiba-tiba, aku dikejutkan dengan setu incoming mesej, di mana di dalam mesej tersebut tertulis yang dia maafkan aku. Alhamdullilah =). Begitulah kesinambungan post aku yang sebelum ini. 

Kesimpulannya, kita tidak perlu mempunyai sifat benci-membenci antara sesama manusia sebaliknya kita perlu mengutuhkan silaturrohim kita sesama manusia itu. Dalam Chemistry , saya ada belajar something yakni, the most stronger intermolecular bond is hydrogen bond, have this kind of bond in your friendship. Make it stronger, love your friends. =).  


Friday, February 17, 2012

Friendship ♪ It Is Not A Game..

Assalamualaikum. Post kali ini bernada sedikit emotional. Kali ini akan ku kupaskan kehidupan aku di Pra-Universiti yakni berkenaan dengan persahabatan. Persahabatan merupakan simbol ikatan yang utuh antara manusia. Ikatan yang mana perlu dijaga demi menjaga nama baik antara sahabat. 

Aku rasa bersalah, aku tak tahu pun perkara ini akan berlaku. Aku berasa seperti aku mengkecam seseorang dan mengkecam persahabatan dia dengan rakan-rakannya. Aku rasa diriku ini jahat. Tetapi, aku melakukan perkara tersebut demi menegak kebaikkan diri seseorang itu. 

"Manusia bukan mudah untuk diubuh". Sekarang aku realize bahawa evolusi diri seseorang itu lahir ikhlas daripada hati mereka sendiri. Jika kita memaksa mereka untuk berubah, nescaya mereka tidak akan berubah. Perkara ini mengingatkan aku kepada sebuah animasi jepun yang mana dia memaksa perubahan itu berlaku dan akhirnya perubahan itu berlaku tetapi bukan untuk kebaikan malah untuk keburukan. 


Aku berasa hal inilah yang aku telah lakukan terhadap diri dia. Ya Allah, apakah yang telah aku lakukan ini ya ALLAh. Aku tidak perlu bersifat radikal dalam memaksa perubahan. Aku belajar something pada hari ini, yakni, perubahan tidak memerlukan paksaan tetapi memerlukan masa yang mana masa itu simbolik kepada experience seseorang itu dalam kehidupan.

Aku berharap sangat persahabatan mereka akan pulih seperti biasa. Sesungguhnya kita perlu menerima rakan kita seadanya even though sikap dia kadang-kadang menjengkelkan kita tapi itulah diri dia. Janganlah kita memaksa rakan kita untuk menjadi seorang yang bukan diri dia. Kerana mereka tak kan bisa menjadi apa yang kita inginkan. 

Sama seperti theory biology yang telah aku pelajari recently, every organisms are different in characteristics where the chararteristics are controlled by the alleles of a gene in the same locus. Therefore, theory ini boleh kita apply-kan dalam diri kita, dimana semua manusia berbeza dimana sikap mereka dikawal oleh kehendak mereka sendiri. 

Oleh itu, janganlah kita memaksa perubahan itu untuk berlaku kerana sesungguhya paksaan tidak akan mendatangkan apa-apa hanya keburukan yang akan menanti. Nasihat saya, terimalah rakan kita seadanya janganlah mengkritik diri mereka kerana setiap manusia ada perasaan yang perlu dijaga.

Tuesday, February 14, 2012

Beautiful Conflict ♪ It Is Not A Lie

Berdasarkan tajuk besar ceritera pada aku kali ini, konflik dalaman ini terlalu sukar untuk dikupaskan kerana berlainan orang berlainan konflik nya. Terdetik aku untuk bercerita tentang konflik yang aku alami sekarang ini. Take note, there's nothing to do with love and stuff. Aku bukan nya mamat jiwang yang asyik-asyik story pasal cinta k.

Konflik dalaman secara rasional nya boleh didefinasikan sebagai kecelaruan yang berlaku dalam diri seseorang. For truth, this happen to every person, do you? Susah untuk ditafsirkan tentang konflik ini. Tetapi dalam konteks aku, konflik dalaman yang aku alami sekarang ini, lebih menjuruskan kepada satu aspek yakni masa depan.

Masa depan dan konflik? Apa kaitannya?. Terlalu banyak kaitannya kalau hendak diceritakan secara terperinci, alamatnya berepisod-episod lah post aku kan. Tetapi secara ringkasnya. This two term got a thing in common. Relation between masa depan dan konflik ialah, secara analoginya, aku sebagai seorang student pra-universiti or asasi telah penat memikirkan perihal memilih kursus untuk ijazah aku nanti. Sehingga sekarang aku masih berkonflik untuk memilih kursus yang sesuai bagi aku.

Hal ini terjadi dalam diri aku kerana, harapan, cita-cita dan minat yang bermain dalam minda dan hati aku. Apa taknya. Parent aku inginkan aku untuk menjadi seorang  doktor . Ini harapan parent aku yang patut aku kabulkan. Yelah kan, setelah apa yang terjadi dalam keluarga aku recently, hanya aku je yang tinggal untuk meneruskan dan kembali mencerahkan kehidupan keluarga aku. Aku ada seorang adik lelaki yang berumur 4 tahun yang mana aku sayang sangat-sangat kat dia. Dan aku tahu, aku wajib memberi dia satu kehidupan yang cerah untuk masa depan dia.

When we talking about ambition, one thing that playing in my head is chemical engineering. Aku d'exposekan ngan kejuruteraan semenjak aku dibangku sekolah lagi. Yelah kan, cikgu-cikgu aku ramai kot yang suggest kat aq untuk course ni. Korang nak tau tak, pe yang mereka cakap kat aku sal course ni. "Zekry, ko kalau dapat keje ngan petronas, pergh,, leh kaya ah kau.. entah-entah ko pakai ferrari dulu daripada cikgu kot". Tu lah reason dyeorang tuk approach aku join course ni for degree aq. Null betol kah kan. Tapi, anyway aku memang bercita-cita untuk jadi seorang jurutera kimia. Tetapi, aku perlu tahu bahawa tak semua yang aku cita-citakan tu, akan aku dapat, hal ini demikian kerana, Allah yang tentukan masa depan aku. Aku hanya mampu berusaha dan menjadikan cita-cita aku itu sebagai bahan perangsang untuk aku terus berjaya untuk masa akan datang. 

What are you interested in? Setelah bermonolog dalaman untuk beberapa hari ni, Baru aku tahu yang minat aku adalah kepada benda yang berasaskan IT. Aku ada kenalan yang bernama Timur Khudaiberdiev, dia berasal dari Kyrgyzstan dan belajar di UNIMAS. Dye bagitahu aku camni " If you know programming, you can control the world". Selain itu, lecturer favourite aku, Mr Alif gak bagitau kat aku, bahawa , setelah dye diperkenalkan kepada sains komputer. Dye terus tak nak masuk engineering dah even pointer dye masa dekat PASUM dulu excellent. 4.0. Camtu ek the power of interest playing its role in the life. 

Berdasarkan penerangan aku kat atas, korang tahu kan it's hard to decide something that can affect our future. Tapi tulah aku, pening gyle kot nak decide future. Antara harapan, cita-cita dan minat, manakah yang penting?.. 

-.-


Sunday, February 12, 2012

The Crippler Mind ♪ Pencengkam Minda

Setelah lama meninggalkan blog aku yang usang ini, aku ada something nak dinukilkan di dalam post aku pada hari ini. Terlalu banyak konflik dalaman, konflik jiwa mahupun konflik sekeliling yang aku alami recently. Tapi, tu semua adalah cabaran yang perlu aku tumpuhi untuk mematangkan diri aku demi menjadi seorang insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. (hahahahahahaha, ayat x leh bla kan, skema gyle)

Walaupun didatangi dengan pelbagai masalah, aku hadapi nya dengan senyuman walaupun beberapa dari masalah tersebut amatlah penting dan susah untuk aku terima. Aku tak suka orang lihat aku seperti seorang yang ada masalah sebab bagi aku seseorang yang bijak menangani masalah adalah seorang yang mampu menyorakkan masalahnya tanpa diketahui oleh orang lain. (betol x, my reader?)

First thing first, kawan-kawan disekeliling aku nampak perubahan selepas aku naik semester dua ni. Yelah! dari sebaik-baik budak tiba-tiba jadi tak baik sikit. Mana tak nya, masuk kelas tanda tangan je pastu choww mana tak kne tegor ngan member kan. Tapi, tu lah truth kan... untuk mengelak dari peer pressure dlm kelas lagi better aku choww instead of duduk kat dalam lecture hall yang lagi buat aku tension. Anyway, I know I should change this habit. I'll try okay! Setakat ni study okay, walaupun result semester cuma 3.73. Lagi 0.02 kot nak dapat anugerah kecemerlangan asasi. Hampanya... 

Cinta. Erm. Susah nak cerita pasal ni. Bab aku pun tak reti nak cerita pasal ni. Tapi terpaksa la diceritakan untuk korang-korang tahu and lebih mengenali aku ni. Aku didatangi oleh cinta pada bulan januari dulu la. Pada mulanya aku just nak main-main je. Yelah, spe tak kenal zekry kan. Lau chatting mesti je nak panggil orang ngan gelaran manja-manja kan. Tapi, kali ini, adalah seorang girl, fancy girl, kaki anime, kaki manga, cute, perangai sikit cam dak2 tapi it's nice to see. Aku kenal si dia ni kat bilik lecturer aku. Aku just talk-talk biasa. At last terbawa kat FB!. Aku yang mengada2 ni mula panggil dye dengan gelaran manja pastu mula declare yang enggak. Aku rasa dye cair time tu kott. Jahatnya aku. ( Awak kalau baca ni, jangan marah eh?). Tapi, before aq mengayat time ni, aku de jumpa dye kat library. Ye lah just nak talk2 je pun. Tapi talking bout her hobbies la. Ape tak nya satu kepala ngan aku kot. Kaki anime. hahahahaha. And then, suddenly mse perbualan aku kat FB! dye de tnye aq sme de aq ske kat dye ke x. N please bg thu before new year. What the. Aku yang tak pernah seriyez dalam cinta ni. Mula la gabra tak tentu pasal. Pastu de member dye bgthu kat aku, yg dye dh cam mayat hidup dah sbb nak tahu jawapan aku. N aku bgtahu membe dye yg aq tak tahu. Then, member dye bg suggestion kat aku. Lagi better ko cakap yang ko nak kawan ngan dye je. Aku pun immediately, bgtw dye yg kita lagi better berkawan. And then mulalah operasi friendzoned. Tapi, dye nak ngam ngn lecturer yg aq slalu rujuk tuk tanya sal math n some stuff about IT. N lecturer tu mula la mengge'dog'kan aq pasal aq friendzoned dye. Tapi sireyez, aku pandang muka dye dekat2. Mmg dye cute. Kawaiiiii. Meggedik plak aku ni kan. Ada la satu malam ni aku nekad aku bagi dye chance la. Let's see our relationship. Dye approve request aq tuk in a relationship. Bestnye. Hari berganti hari, hubungan kami didatangi dengan pelbagai cabaran, ada pihak yg tak berpuas hati. Mklomlah aku ni ramai yang tak minat kan.  At the end, dye cam goyah n tak mampu untuk mempertahankan hubungan yang aku yakin this is my true love. N then, and then end dngan clash. erm. Hampa hatiku. Akhirnya, aku baru realized yg aku cinta kan dye seriyezly bukan main2. Orang2 tua dulu de berkata, tak kenal maka tak cinta. So aku kenal dye, n then aq cinta dye. Perangai dye yg cute tu membuatkan aq tergoda kot. Lagi satu dye ni pandai math. Leh la jd sumber rujukan aku. Tapi tu semua kisah lama. Kami dah xde pape. Pada mulanya this thing down kan aq. Tapi at the end aq dapat raise balik. Allah masih sayang kan aku. Dye nak aku berjaya.

Konklusinya, dalam hidup ini ada pelbagai masalah yang kita perlu tempuhi. Tapi yang membezakan kita adalah sikap berani dan tabah kita untuk menghadapi setiap masalah tu. Tak kita bertapa besar pun masalah tu, kita perlu cool and relax. Sebab every masalah ada its own solution. Sal isu cinta lak. Kita mmg patut bercinta tapi janganlah sampai ia down kan kita. Ape pun tak bleh nanti. Akhir kata aku, aku masih sayang kan dye. Harap satu hari nanti aku dapat bersama ngan dye, kalau bukan aku, aku harap dye dapat orang yang better dari aku bab dye mmg baik.
Adios!!!