Friday, February 17, 2012

Friendship ♪ It Is Not A Game..

Assalamualaikum. Post kali ini bernada sedikit emotional. Kali ini akan ku kupaskan kehidupan aku di Pra-Universiti yakni berkenaan dengan persahabatan. Persahabatan merupakan simbol ikatan yang utuh antara manusia. Ikatan yang mana perlu dijaga demi menjaga nama baik antara sahabat. 

Aku rasa bersalah, aku tak tahu pun perkara ini akan berlaku. Aku berasa seperti aku mengkecam seseorang dan mengkecam persahabatan dia dengan rakan-rakannya. Aku rasa diriku ini jahat. Tetapi, aku melakukan perkara tersebut demi menegak kebaikkan diri seseorang itu. 

"Manusia bukan mudah untuk diubuh". Sekarang aku realize bahawa evolusi diri seseorang itu lahir ikhlas daripada hati mereka sendiri. Jika kita memaksa mereka untuk berubah, nescaya mereka tidak akan berubah. Perkara ini mengingatkan aku kepada sebuah animasi jepun yang mana dia memaksa perubahan itu berlaku dan akhirnya perubahan itu berlaku tetapi bukan untuk kebaikan malah untuk keburukan. 


Aku berasa hal inilah yang aku telah lakukan terhadap diri dia. Ya Allah, apakah yang telah aku lakukan ini ya ALLAh. Aku tidak perlu bersifat radikal dalam memaksa perubahan. Aku belajar something pada hari ini, yakni, perubahan tidak memerlukan paksaan tetapi memerlukan masa yang mana masa itu simbolik kepada experience seseorang itu dalam kehidupan.

Aku berharap sangat persahabatan mereka akan pulih seperti biasa. Sesungguhnya kita perlu menerima rakan kita seadanya even though sikap dia kadang-kadang menjengkelkan kita tapi itulah diri dia. Janganlah kita memaksa rakan kita untuk menjadi seorang yang bukan diri dia. Kerana mereka tak kan bisa menjadi apa yang kita inginkan. 

Sama seperti theory biology yang telah aku pelajari recently, every organisms are different in characteristics where the chararteristics are controlled by the alleles of a gene in the same locus. Therefore, theory ini boleh kita apply-kan dalam diri kita, dimana semua manusia berbeza dimana sikap mereka dikawal oleh kehendak mereka sendiri. 

Oleh itu, janganlah kita memaksa perubahan itu untuk berlaku kerana sesungguhya paksaan tidak akan mendatangkan apa-apa hanya keburukan yang akan menanti. Nasihat saya, terimalah rakan kita seadanya janganlah mengkritik diri mereka kerana setiap manusia ada perasaan yang perlu dijaga.

No comments:

Post a Comment