Sunday, November 20, 2011

Kepulangan Yang Dinanti ♪ Waited Return

Yeah! Finale exam dah berakhir, begitu juga dengan MUET yang baru sahaja berakhir pada hari semalam. Nak dipanjangkan cerita, sejurus selepas tamat sahaja MUET. Aku dan kawan ku (Partner terbaik aku, Dzulilham) bergegas kembali ke bilik. Maklumlah kitaorang ni memang dah tak sabar nak balik. Lagi-lagi kawan aku tu, dye dah packing barang pada hari selasa lagi. Bertapa homesick nye dye. (Jangan  marah,Ilham), Aku ngan dia pergi ke Kuching International Airport (KIA) bersama dengan murabbi yang memimpin kumpulan usrah di UNIMAS tu. (Alhamdulillah, dapat pergi airport for free).

***************************************

Kawan aku depart dari KIA pada pukul 4:00 petang, tapi aku lak depart pada pukul 6:45 petang. Pergh! Ape nak buat kat airport ni kan. Aku membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang aku rasa berfaedah kat airport tu sehingga boarding time. Kat sini aku nak khabaq sikit, pengalaman aku kat airport semalam, adalah sekumpulan wanita-wanita tua ini, macam la jakun, saat aku mula line-up sampai turn aku untuk masuk flight, diaorang. dok memekak je. Macam "JAKUN" tak pernah naik flight. First time experience kot. Dah la tua, pakai baju terdedah sana, terdedah sini. Pastu, yang aku tak boleh tahan leh pulak snap pics, then menggedik antara mereka. Serious, psycho abis. Pastu masa aku nak menjejakkan kaki kat dalam flight, adalah seorang aunt ni, leh pulak maki hamun pramugari tu. Berdasarkan apa yang aku tengah pikir time tu, aku rasa aunt tu pernah apply nak jadi pramugari tapi kene reject kot. Tu yang berdendam and kerja nak maki pramugari je. So, tuntasnya, jangan lah maki hamun orang, kelak kita dimaki hamun balik. Kita semua manusia, sama sahaja, tak ada yang membezakan. Sesungguhnya keimanan tu yang membezakan kita. Waalahuallam.



***************************************

Aku tiba di Johor Bahru pada pukul 8.15 malam. Alhamdullilah. Selamat sampai di Johor Bahru pun. Then, aku call abang aku dan dia fetch kat Senai Airport. Then, bermulalah journey to home for me. Indahnya dunia bila dapat balik maklum lah Hari Raya Aidilfitiri dan Aidiladha untuk tahun ni, aku tak balik kan. Rindu kat adik aku, Khairy Hafizy. Alhamdullilah. 



P/S : Unimas ku yang gemilang...


No comments:

Post a Comment